Friday, 6 May 2011

♥ Andai LeLaki TaHu ~► Perempuan begitu begini

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punyai segalanya.tetapi cukuplah lelaki itu segala-galanya di hatinya (Andai lelaki tahu).



Apabila seorang perempuan marah,dia memang tidak mampu mengawal perasaannya,tetapi itulah tanda dia sangat mengambil berat dan amat menyayangi lelaki itu.
(Andai lelaki tahu) Apabila seorang perempuan mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
(Andai lelaki tahu) Apabila seorang perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tetapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.
(Andai lelaki tahu) Apabila perempuan berkata yang dia mahu lelaki itu berubah,itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima lelaki itu seadanya tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya tetapi untuk masa  depan lelaki itu.
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan lelaki itu, bukan bermakna dia tidak sayang,tetapi dia terlalu sayangkan lelaki itu dan menganggap lelaki itu masih anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, lelaki itu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat dan hanya mahukan yang terbaik untuk lelaki itu.
Apabila seorang perempuan merajuk,bukan bermakna dia mengada-ngada.dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen tetapi cukup dengan sedikit perhatian yang boleh membuat dia rasa dihargai.
Apabila perempuan jarang mengatakan"I Love U", itu tidak bermakna dia tidak menyintai lelaki itu,tetapi dia mahu llaki itu merasakan sendiri cintanya.bukan sekadar hadir dari kata2 tetapi dari hati yang tulus dan ikhlas.
Apabila seorang perempuan itu mengatakan rindu, dia benar2 maksudkannya.
Apabila berjauhan bayangan sentiasa bermain di mata.
Apabila seorang mengatakan lelaki lain lebih baik dari kamu,dia bukan maksudkannya.dia hanya sekadar mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya,walaupun sebenarnya kamulah yang terbaik dihatinya.
Apabila perempuan menjadi degil,dia bukan bermaksud menjadi degil, tetapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya.Percayalah hati perempuan sangat lembut,andai kena caranya jangan terkejut akhirnya dia menukar fikirannya hanya dalam masa sesaat.
Apabila perempuan berkata "Tolong tinggalkan saya", dia tidak bermaksud menyuruh lelaki itu pergi buat selamanya, dia hanya mahukan sedikit ketenangan.apabila kembali tenang,percayalah dia akan mencari lelaki itu semula.Andai lelaki tahu...Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan perbezaan yang tersendiri tetapi sekiranya mereka saling memahami,mereka akan saling melengkapi dan memyempurnakan antara satu sama lain..

 Perempuan diciptakan Allah sangat indah,bukan kerana wajah tetapi kerana hatinya.Disebalik air mata seorang perempuan,tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan lelaki itu merasa selamat bersamanya.Biarpun zahir perempuan tampak lemah,tetapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa membuat lelaki jadi lemah dengan kelembutan hatinya.Dialah jua yang bakal menjadi sahabat,teman,kawan,isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anaknya kelak.........
(edit note)

No comments:

Post a Comment