Friday 3 June 2011

<~~~ Lelaki akhir zaman ~~~>





Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..

pasti masih ada lagi
Lelaki di akhir zaman ini
Seperti yang kufikir.

Sunday 22 May 2011

¸.•´¯`•.♥ ”*°•✫ Menanti si soleh...¸.•´¯`•.♥ ”*°•✫



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Aku sedang menanti dia..

Seorang lelaki yang akan bergelar suami..

Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH..

Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..


Dia seorang lelaki yang tegas dan berani..

Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..

Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri..

Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..


Dia selalu menghiburkan aku..

Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..

Dengan zikir-zikir munajat..

Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..


Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi..

Dia menasihati ku supaya mengingati mati..

Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia..

Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..


Dia memang sentiasa kelihatan penat..

Matanya penat kerana membaca..

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..

Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..


Dia sentiasa mengingati mati..

Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata..

Kita hambaNYA adalah pelakon..

Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..


Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat..

Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..

Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa..

Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..


Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan..

Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula..

Sejadah imannya yang terkoyak..

Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..


Dia sentiasa menjaga sholatnya kerana itulah maruah dirinya..

Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga..

Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA..

Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..


Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah Shollallohu `Alayhi Wasallam...

Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya..

Kekasih sejatinya dan kekal abadi..

yaitu ALLAHURABBI..


Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga..

Dia ingin mengajak aku ke sana sekali..

Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta..

Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..


Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta..

Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia..

Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA..

Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..


Siapakah dia..???

Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku..

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..

Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..

Semoga aku bertemu jodoh dengan dia..

Kerana..



Dia pilihan ku....Insya Allah...Ameen3!

Thursday 12 May 2011

Cerpen ~~> Sy redho ngn suami saya...<~~

"Assalamu'alaikum...," bisik Muhsin mengakhiri rakaat terakhirnya. Dibelakangnya Hasanah mengucap lafaz yang sama. Shalat jamaah usai. Seperti biasanya, sejak ia dinikahi Muhsin, Hasanah meraih tangan suaminya, disalami dan diciumnya.

"Bang..., boleh ngak saya bertanya," desisnya setelah keduanya selesai berzikir.
"Tentu saja, masalah apa?"
"Salaman...."
"Salaman? Ada apa? .....Bagaimana? ...Mengapa?"
"Kaum feminisme menganggap salaman seperti tadi adalah bukti pelecehan terhadap perempuan. Mengapa istri mesti meraih dan mencium tangan suaminya? Mengapa tidak sebaliknya? Bukankah itu tanda perempuan lebih rendah dari laki-laki? Bagaimana tanggapan Abang?"

"Oh, itu toh, Apakah Abang pernah memerintahkan Adik berbuat demikian?"
"Tidak."
"Atau menganjurkan?"
"Tidak."
"Mengapa Adik melakukannya?"
"Ng... mengapa ya? ....... Mungkin pertama, saya sering melihat ibu melakukan hal yang demikian kepada bapak. Kedua, naluri saya sebagai istri memerintahkan saya berbuat demikian. Ketiga, saya lihat Abang senang menerimanya. Saya bahagia jika suami merasa gembira dengan sesuatu yang saya perbuat."

"Adik merasa direndahkan?"
"Tidak."
"Sebenarnya inti dari yang adik tanyakan adalah salaman. Walaupun salaman pada mulanya dilakukan penduduk Yaman, Rasulullah SAW mentradisikannya di kalangan kaum Muslimin. Bahkan beliau menyatakan, 'Tiada dua orang Muslim bertemu lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa keduanya sebelum berpisah.' Salaman adalah lambang perdamaian dan kedamaian. Salaman tidak dilakukan oleh dua orang yang bermusuhan dan mendendam."

"Mencium tangan?"
"Itu dilakukan para sahabat kepada Nabi SAW."
"Jadi, salaman adalah sebuah tradisi kebaikan?"
"Ya, Rasulullah saw mengingatkan kaum Muslimin untuk tidak meremehkan suatu kebaikan walau sekadar menghadapi teman dengan muka yang manis. Apalagi menghadapi suami dan istri."


"Itukah alasan abang menerima uluran tangan saya?"
"Benar. Bukan rasa kebanggaan diri sebagai suami, saya menyambut uluran tangan itu. Tidak juga karena saya merasa lebih baik dari Adik. Abang sadar bahwa ketaqwaanlah yang menjadikan kemuliaan seseorang. Sedang taqwa dan iman itu bisa naik dan bisa turun. Suatu saat boleh jadi keadaan Abang lebih baik dari Adik. Pada saat yang lain, barangkali Abanglah yang memerlukan dorongan dan nasihat dari Adik. Apa dan bagaimanapun kondisi keimanan kita pada suatu saat, yang jelas salaman akan membawa kepada kedamaian.Ini kebaikan yang harus dihargai."

"Apakah feminisme merasakan nuansa ini?"
"Wallahu a'lam. Mereka selalu berpikir dari sisi lelaki dan perempuan. Tidak dari sebuah sisi yang utuh sebagai manusia hidup saling melengkapi. Jika seorang lelaki pembantu umum diperusahaan menghidangkan minuman kepada seorang direktris, maka hal itu adalah sebuah fenomena kerja fungsional. Bukan penghinaan kepada laki-laki. Namun jika seorang istri menghidangkan minuman kepada suaminya yang baru pulang kerja, maka itu mereka anggap sebagai pelecehan terhadap martabat perempuan. Padahal Allah telah menentukan keluarga sebagai sebuah struktur organisasi masyarakat dengan sebuah model kepemimpinan yang digariskan berdasarkan pertimbangan seluruh aspek kemanusiaan lelaki dan perempuan."

 
"Abang adalah pemimpin saya. Sayalah yang perlu meraih dan menciumi tangan Abang. Ini upaya kebaikan yang bisa saya lakukan."
"Jazakillahi khoiron. Sesungguhnya lurusnya jalan saya sebagai suami serta ketaatan Adik sebagai istri-lah yang menjadi tulang punggung keberhasilan kepemimpinan keluarga ini. Mengenai salaman tak ada salahnya jika suatu saat saya yang meraih dan mencium tangan Adik. Namun kenyataannya Adiklah yang selalu mendahului saya."
"Saya Ridho......"

eheheh,,,, so romantic ;)

Subhanallah...Sgt comey ble owg btudung,,,,Ayu jew.

Assalamualaikum..
sekadar perkongsian bersama..

Sebuah kisah...Bacalah dengan MATA HATI...

“Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.”Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, “cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, “abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?” Lalu saya menjawab sambil lewa, “kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri” Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi……entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh…… lengan panjang pula tu…saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah… saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan….. saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ……dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya”..air mata ini tak dapat ditahan lagi…

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai…hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari “mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik”

Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku: Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan
bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami…

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung… mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka…
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh di buku itu disebabkan bekasnya masih kelihatan...
Subhanallah …

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu “buta, tuli dan bisu..” wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. “Tak tahan airmata ini pun jatuh”. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..

Wednesday 11 May 2011

JAWAPAN DARI ALLAH SWT : KENAPA AKU TAK KAHWIN-KAHWIN LAGI ?

1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU ?

ALLAH MENJAWAB :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."  [Surah An Nur : Ayat 26]


2- KITA BERTANYA : AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." [Surah An Nur : Ayat 32]


3- KITA BERTANYA : TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB:
"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.." [Surah An Nur : Ayat 33]


4- KITA BERTANYA : WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN AKU JUGA INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG, MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.." [Surah Ar Rum : Ayat 21]


5- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". [Surah Al Mu’min : Ayat 60]


6- KITA BERTANYA : AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA?

ALLAH MENJAWAB :
”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 153]

”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. [Surah Alam Nasyrah : Ayat 5 – 6]


7- KITA BERTANYA : AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI, APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?

ALLAH MENJAWAB :
”Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. [Surah Muhammad : Ayat 7]



8- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?

ALLAH MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.." [Surah Al-Hajj : Ayat 40]


9- KITA BERTANYA : SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?

ALLAH MENJAWAB :
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." [Surah Al-Baqarah : Ayat 214]


=============================================================
Itulah jawapan Allah buat orang yang bertanya..

Dan Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak akan menyalahi janji-janji NYA.

Inilah juga keyakinan yang PERLU ada pada setiap mukmin dan mukminat. Insyaallah..





Dibenarkan untuk Share.. ^_^

Tuesday 10 May 2011

Ak nak berubah!!!!! Tp??? Mcm2 dugaan ak dtg........

Dengan Nama Allah y Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

   Aku bukanlah orang yang baik. Itu satu benda y pasti. Tapi aku nak jadi baik. Itu satu benda y susah sekali. Ya, memang aku ada niat nak berubah. Itu langkah pertama aku untuk berubah. Tapi langkah kedua aku selalu tak menjadi. Langkah kedua ialah buat perubahan. Itu tersangat susah.

 Ada orang kata "senang je nak buat baik...". Ya..untuk orang-orang macam korang boleh la cakap macam tu sebab korang memang dah baik. Aku ni dalam suasana y susah untuk aku berubah.

 Selalunya jika kita ikhlas ingin berubah ke arah lebih baik kerana Allah SWT, Allah SWT akan memudahkan urusan kita kan? Haa..y tu betul! sangat betul! Sebab lepas je aku niat nak berubah tu, aku berjumpa dengan kawan lama aku kat FB ni. Bukan kawan lama tapi kawan sekolah y kitorang tak pernah bertegur sapa. Aku luahkan masalah aku kat dia. Dia layan aku sangat baik. Malangnya dia perempuan. KENAPA MALANG PLAK?? Sebab...kitorang xboleh rapat sangat...dia menjaga dirinya. Tapi seingat aku, bila aku chat dengan dia y aku nak berubah, dia balas...

"betulkan niat awak nak berubah tu kerana Allah ye..kemudian solatlah.."

Aku beritahu dia y aku xreti solat...xpernah solat...aku sedih bila nak berubah tapi ambil wudhuk pun aku xtahu..

Dia balas...
"So..mulalah belajar solat.. =) "

Simple giler ayat dia kan? Just suruh betulkan niat & solat. Boleh caya ke minah ni???

    Then, xlama selepas itu aku terbaca satu hadis Rasulullah SAW...

"Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab ra berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dengan niat & setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah & RasulNya, maka hijrahNya itu menuju Allah dan RasulNya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia inginkan."

[Diriwayatkan oleh 2 orang ahli hadis : Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Husain Mualim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairy An-Naisaburi, di dalam kedua kitab tershahih si antara semua kitab hadis]

Patutlah si dia suruh aku betulkan niat. So, aku pun betulkan niat kerana Allah semata-mata. Aku pun sedar yang aku dah banyak sangat dosa. SANGAT BANYAK! aku takut aku mati dalam keadaan aku tengah buat dosa. Tak dapat aku bayangkan kalau aku mati sewaktu aku tengah berjudi, minum arak, atau pukul orang. Ya ALLAH, aku takut...

Tentang solat...aku tak tahu kenapa penting sangat solat ni...kan lebih baik kalau si dia suruh aku bersedekah ke, berzikir ke, baca Al-Quran ke..ni dia suruh aku solat plak..dah lah aku ni xtahu langsung tentang solat..huhu

Aku pernah dengar solat itu y membezakan orang Islam & kafir...fuh! biar betul..aku tak nak jadi orang kafir..nak jadi orang Islam..Ya Allah..bantulah aku..

Tetiba aku dapat inbox message kat FB ni..dari si dia...

Hadis Nabi...
Abu Abdurrahman Abdullah bin Umar bin Khattab ra. berkata, Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Islam dibangun atas lima pilar : (1) PERSAKSIAN BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, dan MUHAMMAD RASUL ALLAH, (2) MENDIRIKAN SOLAT, (3) MENGELUARKAN ZAKAT, (4) MELAKSANAKAN IBADAH HAJI, dan (5) BERPUASA RAMADHAN."

[Hadis riwayat Bukhari & Muslim]

Patutlah solat itu penting..aku dah pun mengaku y Allah satu-satunya Tuhan & Nabi Muhammad itu pesuruh Allah SWT..seterusnya aku kenalah dirikan solat kan?

Sejak itu setiap kali aku chat dgn dia, dia mesti akan tanya "da mula belajar solat?"..aku pulak asyik jawab "belum lagi..susah la awak" dia akan balas "semoga awak diberi kekuatan sebelum terlambat.." dan selepas itu dia takkan balas pape mesej, chat, or komen dari aku.

Benda tu berlanjutan sehingga sebulan lamanya hingga tiba suatu hari y kitorang dah mula lost contact. Dia ada je online, tapi tak pernah tegur aku. Takpe lah..sekurang-kurangnya aku dapat baca post-post dia...ad satu Post status dia yang wat aku terkesan..

"Wahai manusia, jika kamu ditinggalkan oleh manusia y kamu kasihi, pasti kamu akan merintih..tapi jika Allah meninggalkan kamu, kamu tidak peduli..mengapa begitu? Sedarkah kamu bahawa jika Allah sudah membiarkan kamu, kamu hanya perlu menunggu dimasukkan ke neraka jahannamNya..tahu mengapa? kerana jika Allah meninggalkan mu, kamu akan terus dibiarkan dalam maksiat yang kamu lakukan. Hati kamu tidak akan terdetik lagi untuk bertaubat. Keadaan itu akan berlanjutan sehingga akhir hayatmu jika tiada usaha darimu untuk membuat perubahan..sesudah habis hayatmu di dunia, kamu akan dibangkitkan semula & pelbagai soalan akan ditanya kepadamu..tentang UMUR mu, HARTA mu..wallahu'alam~"

sangat takut! Sejak dari hari tu, aku berubah perlahan-lahan. Setiap kali keluar dengan kawan-kawan, aku dah mula hormati azan. Kawan-kawan aku tegur "perh..otai kite dah tobat r.."..aku mesti balas "wak lu..saje je nak diam..hehe" Ya Allah berilah aku kekuatan...selain tu, aku mula jaga cakap aku..tak mencarut sembarangan..aku mula layan you tube cara solat..aku beli buku cara belajar solat budak tadika sebab comel & aku pun tak pening nak baca panjang-panjang..hehe

Makin lama sedikit demi sedikit aku berubah... SERIUS aku cakap nak berubah BUKAN SENANG tapi kalau asyik bagi alasan, tu y rasa berubah tu macam payah sangat je..hehe

Alhamdulillah sekarang aku dapat rasa aku dijaga Allah..kalau aku di ajak ke PUB dengan kawan-kawan, aku elak untuk pergi, tapi kekadang pergi jugak sebab susah sangat nak elak. Tapi bila pergi tu, mesti aku balik awal..xlepak lama-lama dgn member aku. Aku g lepak kat tempat lain..lepak r kat mana-mana contohnya atas bukit tepi highway ke..macam jiwang kan?haha then tengok bulan, bintang..aku xperasan selama ni Allah dah bagi macam-macam nikmat kat aku..tapi aku sombong dengan Allah..aku buat macam-macam dosa..akan ada ketika aku teringat pesan si dia yang dah lama hilang dari hidup aku. Walau apa kita buat, betulkan niat & jaga solat. Terima kasih awak...semoga urusan awak dipermudahkan...

✿¸.•❤• BidadaRi Solehah ✿¸.•❤•

 ♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
.
Bismillahirrohmanirrohiim..
.
Wanita solehah..
 Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan..
Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan..
Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu & akhlak..
 Indah pekertimu,elok peribadimu..
Pastinya kau idaman lElAki budiman..
Kau bakal serikandi terbilang..
 Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman..
Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan..
 Penyeri hidup kau & dia..


***
Entah suka datang menghiasi hari
Atau duka yang menghampiri
Cinta adalah berbagi
Karena sungguh, ya Akhi wa Ukhti!
Meski disemayamkan dalam dua ragawi
Sepasang kekasih hanya punya satu hati

Berbagi...
Itulah inti cinta sejati...
Ombak suka dan duka datang silih berganti...
Selalu terasa nikmat tersaji ...
Bila dirasakan oleh dua hati yang berfusi...
Cinta yang cepat timbul dan cepat lenyap,
yaitu cinta yang di dorong oleh kenikmatan.
Cinta yang lama timbul dan cepat lenyap,
yaitu cinta yang didorong oleh kepentingan.
Cinta yang cepat timbul dan lama lenyap,
yaitu cinta yang didorong oleh kebaikan.
Cinta yang lama timbul dan lama lenyap,
yaitu cinta yang didorong oleh kenikmatan, kepentingan, dan kebaikan.

***
Nikmat Tuhanmu manakah yang engkau dustai?
Dengan setetes embun cinta yang kau berikan,
DIA anugerahkan lautan cinta.




Nikmat Tuhanmu manakah yang engkau ingkari?
Dengan setetes air mata cinta yang kau keluarkan,
DIA titiskan jiwa bidadari surga di dunia.

Nikmat Tuhanmu manakah yang engkau bohongi?
Dengan setetes keringat cinta yang kau usahakan,
DIA tumbuhkan pohon cinta yang berbuah bahagia.

~>
ISTRI yg sholehah memang benar bidadari di dunia ini
PEMATA yg amat berharga
HIASAN yg amat menawan
PENEGUH yg amat kukuh
Isteri yg solehah berbalut ILMU berselimut AKHLAK
Isteri yg solehah menembus QALBU
krna smua yg dia lakukan berasal dari keTULUSan hati,
dari keIKHLASan jiwa
Isteri yg sholehah adlh RIZKI yg tidak ternilai dari ALLAH,
Yg menggenggam segala kemuliaan, pemberi segala kebahgiaan
Wahai kaum MUSLIMIN, pilihlah wanita solehah dgn mensolehkan dirimu
Wahai wanita SHOLEHAH, jadilah BIDADARI dgn peribadi yg INDAH krna ALLAH semata........^_^
★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★★


____▄████▄
__█████████▄
_███▀________█_██
███_____█___ _█_███
███▄__▄██____█_███
_███████____█__███
___████____██__███
__________██___██
_________██___██
________██___██
_______███__█_____▄████▄
______███__█_____████████
_____███ __█______██▀_▀███
_____███___█ ______█___███
_____██ ____█▄_______▄███
______█______█████████
_______█_______▀████▀
________███______██████
_______█████___████████
______███████_█████_███
_____███████████████_██
_____███████████████_██
_____██████████████_███
_____█████████████████
______███████████████
_______█████████████
_________█████████
___________██████
____________████
_____________██
______________█
____▄████▄___█
__█████████▄_█
_███▀________█_██
███_____█___ _█_███
███▄__▄██____█_███
_███████____█__███
___████____██__███
__________██___██
_________██___██
________██___██
_______███__█_____▄████▄
______███__█_____████████
_____███ __█______██▀_▀███
_____███___█ ______█___███
_____██ ____█▄_______▄███
______█______█████████
_______█_______▀████▀